Followers


About My Self

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 12, 2012

Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting


Dua minggu lepas teringin sangat nak makan kek red valvet yg menjadi igaunan peminat kek pada hari ini.. Ayshah sgt excited bila kata nak buat RVC ni. Termasuk lah Danial anak kawan ku yg sgt comel dan sgt keletah … teruja sanagt bilamana aku nak buat kek semua menunggu nak yg panas keluar dari oven …. Aku pun melakukan misi mencari dan menyelongkar resepi dari internet dan terjumpa dengan sumber di bawah nie… aku buat serupa sepusat sepusing dgn resepi yang di beri oleh tuan empunyer blog nie… hasil sgt sedap kata anak-anak tapi bg aku ..he..he.. sememangnyer aku x suka benda benda yg berasaskan cheese… berlainan dgn citer rasa anak anak sangat mengemari cheese…so RVC ku habissss ….. sedap resepi yg di beri dan terima kasih kerana sudi berkongsi…
selamat mencuba…

RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.




KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia ( Saya pakai tartura )
1 1/2 cawan krim putar
 tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.(Nnt bahan nie akak berbuih bila dah berhenti berbuih masukan dlm adunan tadi gunakan teknik kaup dan balik je)
(Buttermilk ni ada dijual di kedai-kedai kek )



No comments: