Followers


About My Self

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 25, 2014

Kehidupan yang penuh onak dan duri ...
Kembali meneruskan perjalanan menyusuri kehidupan yang penuh ranjau ini demi memenuhi impian dan minat yang mendalam didalam bidang ini... tanpa dia siapalah aku... terima kasih kawan kawan sahabat dan saudara mara yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk kembali bangun dari kealpaan sebagai hamba allah  yang masih banyak kekurangan ini.....



Insyaallah kami akan beroperasi kembali ... mulai hari kami akan bersama sama berkongsi cerita ..resepi ..dan juga apa jua cerita rencah kehidupan sahabat sahabat tak kira dimana jua mereka berada ... sesiapa yang ingin berkongsi cerita mereka tentang kehidupan ...pengalaman..dan apa jua cerita suka duka mereka boleh lah email kepada norainbi@gmail.com....insyaalah anda tidak keseorangan... kerana allah sentiasa di sisi dan sentiasa hadirkan seseorang utk bersama sama anda untuk berkongsi rasa...







Cukup utk permulaan hari ini...hingga kita bertemu di lain entry ya...
Assalamualaikum....

Makluman..

Assalamualaikum.... ukt makluman buat sementara waktu operasi kami di tutup sehingga di beritahu kelak... bermula 1 Okt 2014. Bagi yang telah membuat tempahan dan bayaran deposit  tempahan anda akan deliver seperti yang telah dibincangkan mengikut schedule yang telah di tetapkan....Terima Kasih atas sekongan anda..




Wednesday, December 19, 2012

Telor Pindang in the house..










Didalam keghairah membuat kek tetiba ada seorang customer call bertanya kalau ada  menerima tempahan telor pindang.. ^ - ^ dalam keadaan terperanjat saya tergelak ... saya cuma buat kek ...kalo telur pindang ni nak makan baru saya buat sebab memang paberet makan telur pindang..bukan senang nak buat telor pindang memakan masa tempoh berhari-harian utk merebusnya... mengunakan daun-daun herba yang terpilih... setelah adegan pujuk memujuk rayu merayu..he..he.. aku pun bersetuju utk menolong pemanggil tadi yg ingin menempah telur pindang...  akhirnya inilah hasilnya alhamdulillah... semua berjalan dengan lancar... INI PEBERET ORG JOHOR NIE... So sesapa yang ingin menempah boleh lah membuat tempahan awal sbb penyedianya memakan masa. dengan harga yang berpatutan... ok...






salam buat semua yg sudi singgah...

Salam buat semua yang sudi singgah  ke blog ku ini.. entahlah... di mana silapnya aku tak pasti.. kekalutan berperang antara masa , kek, keluarga, teman teman.. menyebabkan aku jarang dapat meluangkan masa mengupdate blog ini sekarang... sudah lama ku biarkan sepi ... namum minat aku tidak pernah pudar walau pun jarang mengup-date diblog aku masih terus menjalankan rutin harian seperti biasa.. tempahan kek masih berjalan seperti biasa cuma agak kurang dari yang biasa memandang kekalutan melayani anak-anak tika musim cuti ini menyebabkan banyak tempahan terpaksa ku tolak maaf ya teman-teman... Buat sahabat yg dah lama tak makan roti pun sering membebel menanya kenapa dah lama tak buat roti jawapan yg paling mudah MALAS hahhahahhaaa...sori ya insyallah datang nya 2013 akan dapat melenyapkan segala sedih dan gundah dibenak dijiwa aku... moga aku dapat kembali bangun meneruskan minat dan cita cita ini...ALLAh maha berkuasa insyallah .... insyallah...





Tempahan masih lagi beroperasi seperti pada tahun 2013.. setelah lama berehat..insyallah moga aku dapat bersama rakan rakan yang lain mengaplikasikan minat seni pembuatan kek ..insyallah... doakan aku...


Monday, October 29, 2012

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Untuk menyemak keputusan peperiksaan sekolah  ( untuk akhir tahun/ penggal 3) anak anak sekarang dah moden sedikit .. kita boleh terus check melalui online.. senang je.. x de chance le  anak anak nak kelentong mak bapak "result x dapat lagi lah" " ...cikgu x de bagi result lah" ...sekarang semua dah online di hujung jari je... kalau zaman dulu dulu boleh le main sorok sorak kad laporan skrg nie...straight je , taip je no ic terus je kuar berjela keputusan nyer....  Tapi ini bagi sekolah di selangor je x tak tahu le kat negeri lain pun guna sistem nie ke tidak dan hanya untuk Sekolah Rendah tahun 3 keatas .Sekolah Menengah Tingkatan 2 ke atas sahaja......ape pun selamat mencuba dan tahniah buat anak anak anda

http://sapsnkra.moe.gov.my

Friday, October 12, 2012

Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting


Dua minggu lepas teringin sangat nak makan kek red valvet yg menjadi igaunan peminat kek pada hari ini.. Ayshah sgt excited bila kata nak buat RVC ni. Termasuk lah Danial anak kawan ku yg sgt comel dan sgt keletah … teruja sanagt bilamana aku nak buat kek semua menunggu nak yg panas keluar dari oven …. Aku pun melakukan misi mencari dan menyelongkar resepi dari internet dan terjumpa dengan sumber di bawah nie… aku buat serupa sepusat sepusing dgn resepi yang di beri oleh tuan empunyer blog nie… hasil sgt sedap kata anak-anak tapi bg aku ..he..he.. sememangnyer aku x suka benda benda yg berasaskan cheese… berlainan dgn citer rasa anak anak sangat mengemari cheese…so RVC ku habissss ….. sedap resepi yg di beri dan terima kasih kerana sudi berkongsi…
selamat mencuba…

RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.




KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia ( Saya pakai tartura )
1 1/2 cawan krim putar
 tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.(Nnt bahan nie akak berbuih bila dah berhenti berbuih masukan dlm adunan tadi gunakan teknik kaup dan balik je)
(Buttermilk ni ada dijual di kedai-kedai kek )



Tempahan Untuk Bulan Disember

Salam ceria buat semua pembaca. Maaf kiranya sudah terlalu lama tidak meng up-date info diblog ini. Kekangan masa dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah semua tempahan dapat disiapkan dan terima kasih atas kepercayaan dan sambutan anda terhadap diri ini. Sekali lagi terima kasih. Maaf andai saya tidak dapat mengambil tempahan anda bukan kerana apa-apa cuma tidak betah tangan ini untuk merealisasikan harapan anda memandangkan tempahan yg terlalu singkat. Kerana saya TIDAK membuat kek secara banyak dan bekukan. Setiap kek yg di tempah adalah fresh. Oleh itu tempahan hendaklah dibuat 48 jam sebelum tarikh pengambilan. Harap maklum. 

Bagi tempahan bulan November - Disember 2012 masih diterima. Manakala untuk bulan Okt 2012 mengikut kekosongan yang ada pada tarikh tersebut. 




Trend hari ini masih sama ramai yang masih menjadikan kek marble sebagai cenderahati untuk tetamu di majlis resepsi. Terdapat perbagai kek marble yang istemewa dari perbagai perasa yang boleh anda pilih dan gabungkan. Walaubagaimanapun untuk gabungan perisa hanya tempahan melebihi 500 ke atas boleh di lakukan. 







Untuk pertanyaan harga sila hubungi / sms - 016-240 4129 .

Friday, June 22, 2012

Ideas and tips 4 U:









Salam di pagi Jumaat... alhamdulillah semua telah berjalan dengan lancar seperti yg telah di rancang untuk 1/2 tahun pertama 2012...kesibukan dan dengan rutin harian membatas kan aku utk berlama-lama alam menghadapan talian maya ini... lantaran itu hampir 5 bulan blog ini tidak ter up-date. Maaf kiranya tiada info info terbaru jika kalian berkunjung ke halaman ku yg tidak seberapa ini...insyallhah selepas ini aku akan cuba meng update serta membekalkan info-info terkini ...sayang anda semua..terima kasih atas tempahan anda..
Nota kaki: ^ - ^
tempahan yang di terima syukur alhamdulillah atas nikmat allah yang tidak terperi ini.. .. moga aku menjadi insan yg lebih redha dan bersyukur atas nikmat mu ya allah... Mengerjakan umrah bersama keluarga juga sudah terlaksana... dan moga  ketenangan ini menjadi pendorong untuk aku  lebih berusaha mengejar cita-cita yg satu ini..moga allah akan tunjukkan jalan dan permudahkan semua perkerjaan ku..amin...


Thanx.. bersambung lagi..cerita perjalananku menuju rumah allah...

Thursday, December 22, 2011

Cake lagiii...

Sepanjang cuti sekolah nie hari-hari bake kek marble... hidung pun dan imune ngan bau cake sampai dah tak dpt nak hayati bau keharumanya seperti mula-mula aku wat kek .... tapi jiran sebelah menyebelah hari-hari menyedut keharuman bau kek yg tengah panas.... dan yg lagi best dorang nak yg keluar fresh panas-panas dari oven wat minum petang aduhai..... aku pulak , hemmm @%% ### apa pun terima kasih pada yang sudi menempah kek marble ku yang tak seberapa ini .... kerana yg terbaik dan terbagus datang nyer dari Allah yg kurang itu datang dari aku hambumu yang lemah ya ALLAH.....